Search This Blog

Tuesday 5 September 2017

HAMPARAN KEHIDUPAN DARIPADA ALLAH BUAT HAMBA

Assalamualaikum...
Tuan/puan...

Sungguh saya juga bukan org yg baik, bukan dlm kalangan wali atau ahli abid...hanya sebahagian drpd ummat muhammad bin Abdullah.

Ketahuilah, demi sesungguhnya Allah itu maha adil... dia menciptakan dunia ini dengan pelbagai ragam dan rencam.
Firman allah:
(كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ)
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
[Surat Al-Baqarah 216]

Dalam banyak urusan dunia, kita berhadapan dengan pelbagai perkara yg kita suka dan x suka...tetapi begitulah adilnya Allah. Dia jadikan kita ini lemah dan kerdil, agar kita senantiasa berserah diri kepada Nya.

Saudara/ri ku yg dikasihi,
Allah jadikan hidup kita ini dengan pelbagai cara utk kita peroleh ganjaran drpd Allah. Sedarkah kita akan hal ini?

Kita selalu menyangka bahawa seronoknya diberi keindahan, keseronokan dan kebahagiaan yg berpanjangan. Tetapi!!! Sedarkah kita, betapa ramai hambanya yg leka dengan keseronokan dan melupakan Allah. Dan kita masih menyangka jika kita selalu diberikan kesenangan oleh allah, kita pasti ingatkan dia. Tetapi, allah atur hidup kita kerana dia tahu, hambanya pasti dijentik musibah seketika agar dia kembali kpd Allah.

Dan kita menyangka bahawa ujian atau musibah yg allah bagi adalah utk menghukum kita... betapa kita zalim terhadap allah dan diri kita. Dengan musibah itu, allah ganjarkan pahala yg berpanjangan selagi kita sabar dan bersyukur kpd Dia. Dia lah Allah, tuhan kita...tempat kita bergantung...

Ingatlah, orang2 yg ditimpa musibah ttpi tatkala tidak berima kpd allah, mereka hilang harapan kpd Allah...mereka mensyirikkan Allah.

Sekarang masih tidak nampak kah kita... allah sedang hamparkan warna warni kehidupan kita dengan pelbagai cara agar kita menjadi hambanya yg bertaqwa kpd Nya.

Ada yg dikurniakan kebahagian. Celakalah mereka yg terus lalai drpd mengingati allah. Dan berbahagialah mereka yg mengingati allah.

Ada yg dikurniakan allah musibah dan ujian. Celakalah mereka yg lupakan allah dan berbahagialah mereka yg mengingati Allah.

Akhir kalam renungilah kita akan firman allah azza wajalla:

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ ۖ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

-Sura Al-Baqarah, Ayah 214

Wallahu aklam.

Mohon nasihat atas salah dan silap.

🙂BERBAHAGIALAH ORANG YANG BERSABAR🙂

Saturday 7 January 2017

PUJIAN MEMBUNUH

Rutin harian seorang pelajar berjalan seperti biasa, namun tidak bagi para pelajar STPM kerana hari tu merupakan hari-hari penting. Keputusan STPM semester 2 dah keluar. Pelbagai ragam dan reaksi para pelajar calon STPM. Gemuruh, gementar, takut, rileks dan bersahaja, gabra dan ada yang sedih.

Zul, atau nama sebenar ZulIffah memandu kenderaannya menuju Sekolah kesayangannya dengan tenang. Terpancar ketengan pada raut wajahnya tapi hatinya, hanya tuhan yang tahu. Di dalam mindanya hanya ada, “kalau aku gagal, macam mana aku nak cakap dekat mak ayah”. Kereta zul memintas jalan raya dengan laju yang tenang, tidak gopoh seperti kenderaan-kenderaan yang lain. Tampak seperti terkejar-kejar nak masuk ke dalam jamban kerana cirit-birit.

Beberapa buah kenderaan memotong honda jazz red velvet milik ibunya dengan deras. Zul menggeleng-gelengkan kepalanya. Mahu kemanakah mereka? Jazz red velvet bernombor pendaftaran K*A 7 dipinjamkan kepadanya sebagai kenderaan ke sekolah. Memandangkan pelajar STPM sekolahnya dibenarkan membawa kereta ke Sekolah sebab Itulah ibunya memberikan keizinan menggunakan kereta tersebut.

Setibanya dia di perkarangan parker sekolah, jantungnya terus berdebar kencang tapi dia tetap mengawal raut wajahnya agar tidak terlalu menampakkan kegebraan. Ego! Dia tak nak dilihat sebagai seorang yang lemah. Langkah menuju ke kelas dan bersiap untuk perhimpunan pagi (part ni memang leceh. Budak2 STPM terpaksa hadap benda-benda cenggini).

Usai perhimpunan, semua pelajar membawa haluan masing-masing. Ada yang menuju ke kelas dan bersedia untuk menimba segala ilmu yang dicurahkan, ada yang ke kantin, ada yang ke tandas, ada yang ke bilik guru dan tidak terlepas ke pejabat untuk mengambil buku kedatangan. Para pelajar STPM pula terus naik ke tingkat 3. Aras yang menjadi aras rasmi para pelajar Tingkatan enam sekolah tersebut.

Tapi tidak bagi zul, amirul dan mursyid. Mereka bergegas ke bilik pengurusan Tingkatan enam. Bukan berniat nak menolong para guru tapi nak mengganggu urusan guru-guru yang sibuk menguruskan maklumat keputusan para pelajar. para guru dah cukup masak dengan mereka bertiga. Kepalanya ialah amirul, dia merupakan presiden Persatuan Tingkatan enam.

Buat pengetahuan para pembaca, zul dan mursyid merupakan antara para pelajar harapan para guru STPM. Masing-masing mempunyai kebijaksanaan dalam bidang-bidang tertentu. Dan masing-masing merendah diri.

Keputusan diumumkan dan dikeluarkan warta kepada semua pelajar Tingkatan enam. Adegan-adegan drama jam tujuh tv3 pun bermula. Sedih dan suka menghiasi hari tersebut. para guru tidak melaksanakan PDP seperti biasa. Mereka hanya masuk ke dalam kelas dan memberi kata-kata nasihat dan semangat untuk para pelajar.

Namun, bagi pelajar lelaki, dramanya adalah sama. Rilex and cool. Walaupun markah biasa-biasa sahaja, tetapi mental tetap utuh, tak mudah koyak. Zul memperoleh keputusan 2A 1A- 1B-, manakala mursyid memperoleh 1A 2A- 1B+.

Mereka berdua saling berpujian. Zul memulakan:

“barakallahulaka ya sodiqi, hebat depa. 3A1B+. tahniah ala najjahika”
“amboi, perli ka apa ni? Depa tu apa kurangnya, 3A1B juga kan? 2A lagi. kita 1A ja.”
“mana da, aku hentam ja. Hang hebat” balas zul.
Pujian balas berbalas antara satu sama lain. Zul memuji mursyid dan mursyid memuji zul semula. Dan akhirnya sebagai menutup perbalahan keluarlah kata-kata yang indah daripada mulut zul:
إذا يحمد الناس على نفسي,
فالله هذا ليس الى علمي, لكن الى رقمي,
وإذا يحمد الناس على المرشد,
فالله هذا الى علمه, وليس الى رقمه.
Maksudnya:

Jika manusia memujiku,
Demi allah, pujian itu bukan ke atas ilmu aku tetapi disebabkan markahku,
Dan jika manusia memuji al-Mursyid (nama mursyid),
Demi allah, pujian itu kerana ilmunya dan bukan kerana jumlah markahnya.

Mursyid pon diam selepas mendengar kalam tersebut. dia tahu, kalau terus bertelingkah dengan zul, takkan habis sampai ke esokkannya. Jadi, adalah lebih baik dia diam.

Pengajaran:

Sabda nabi s.a.w Abu Musa berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mendengar seorang plelaki berlebih-lebihan dalam memuji seseorang. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda,
أهْلَكْتُم أو قطعتم ظهرَ الرجل
”Kalian telah membinasakan atau mematahkan punggung orang itu.”(Shahih): [Bukhari: 78-Kitab Al Adab, 54-Bab Maa Yukrahu Minat Tamaduh. Muslim: 53-Kitab Az Zuhd, hal. 67

Sebagai seorang muslim, jangan lah kita terlalu melebih-lebih dalam memuji orang dan jangan pula terlalu menyanjung dan mengharapkan pujian.

Kredit:
Kisah di atas adalah diolah 90% daripada kisah sebenar. Watak dan nama di dalam kisah di atas ada yang benar dan ada yang rekaan. Kalam arab tersebut merupakan kalam yang betul diungkap dan ditulis oleh sahabat saya. Maaf atas kesalahan nahu bagi kalam tersebut. kalau nak perbetulkan dipersilakan.

Semoga allah merahmati sahabat-sahabat STPM ku. Barakallahu lahum.

#STPM_2015/2016








Thursday 5 January 2017

ZUHUD ITU BISKUT?

ZUHUD ITU BISKUT???

Bismillah wassolatuwassalamuala rasulillah wa'ala aalihi wa ashaabihi ajma'in. 
Firman allah azza wajalla di dalam alquran:

﴿ يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ ﴾ [آل عمران: 102] .
“Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Alloh sebenar-benarnya takwa, dan janganlah sekali-kali kalian mati melainkan dalam keadaan memeluk agama Islam.

baru-baru ni, saya telah dipilih untuk menjadi salah seorang ahli jawatankuasa untuk sebuah program kem remaja di Pulau Pinang. Dalam masa yang sama, saya juga diminta menolong para fasilitator menjaga adik-adik kem remaja tersebut. Alhamdulillah, saya telah dipertemukan oleh adik-adik yang sangat hebat.

Pada asalnya, kem ini berfokus kepada golongan remaja yakni lingkungan umur 12-21. Namun atas desakan dan permohonan para waris mereka juga ingin menghantar anak-anak mereka yang dibawah usia remaja untuk menyertai kem tersebut. Pihak penganjur menerima dengan berbsesar hati. Adik-adik ini sangat hebat, pada usia 10 tahun sudah fasih membaca quran dengan fushah yang agak kearaban. Amat menakjubkan. Kawan-kawan saya, malah saya sendiri masih berbunyi ke’melayu’an ketika membaca al-quran, sungguh memalukan. Ada dalam kalangan mereka yang sudah habis mengkhatam al-quran dengan hafalan 30 juzuk. Barakallahulahum.

Tapi, bukanlah itu isunya. Posting kali ini adalah bertujuan menceritakan kisah seorang adik peserta bernama Luqman yang telah bertanyakan kepada rakan saya tentang sesuatu yang amat rumit.
“abang, zuhud tu apa?” luqman.
“zuhud tu biskut.” Abang Q (nama samaran) menjawab dengan nada yang agak berseloroh.

Dia tidak menghiraukan soalan itu kerana tika itu kami sibuk mentasmi’ para peserta tentang surah-surah lazim, wirid selepas yang ma’thur daripada Nabi S.A.W dan juga beberapa bait-bait doa seharian.

Luqman tidak berputus asa, dia mengulangi soalannya pada keesokan harinya.
“abang Q, zuhud tu apa maksudnya?”
“kan abang dah jawab, zuhud tu biskut. Biskut kering.”
“zuhud tu biskut? Tak pernah dengar pon biskut jenama zuhud” luqman agak pening.
Q nampak kesungguhan luqman mengorek rahsia sebenar zuhud, lalu dia pon meneruskan huraian tentang zuhud.
“ok, macam ni. Biskut kering cap ping pong jika dimakan bersahaja sedap tak?”
“sedap juga bang”
“kalau dicicah di dalam air teh atau kopi sedap tak?”
“bertambah sedap” luqman menunjukkan reaksi teruja.
“kalau disapukan planta?”
“sedap, tapi tak sihat”
“Begitulah sifat zuhud. Sikap bertawakkal kepada allah dengan apa yang ada padanya dan jika ditambah lagi rezeki tersebut, maka dia lebih indah dan ianya tetap kesyukuran kepada allah. Biskut kering, walau dibasahi dengan air teh atau kopi tetap digelar biskut kering walaupun hakikatnya sudah basah. Dan jika dimakan bersama planta, pada hakikatnya memang enak tetapi padanya ada kemudaratan yakni peningkatan kolestrol badan. Begitulah interaksi zuhud dengan biskut. Zuhud menurut Al-Imam Ibn Taimiyyah: Zuhud adalah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat di akhirat, adapun wara’ adalah meninggalkan apa-apa yang ditakuti akan bahayanya di akhirat”.

…………………………………………………..

Begitulah serba sedikit huraian dan penjelasan Q tentang zuhud itu biskut. Perkataan Syeikhul Islam Ibn Taimiah itu disokong oleh anak murid kesayangannya dan juga merupakan shaikh besar pada zamannya. Kata Al-Imam Ibn Qayyim: Ini adalah definisi yang paling baik terhadap makna zuhud dan wara’ dan yang paling mencakupi penafsirannya.

#aukamaqol. Dipetik dan diedit mengikut tuturan tatabahasa yang agak baik dan baku. Penjelasan tentang zuhud itu amatlah luas. Dan saya tidak lah dalam kalangan ahli ilmu yang faqih sehingga mampu menghurai kesemuanya mengikut disiplin ilmu yang lengkap. Sekadar berkongsi maklumat yang pada saya amat menarik untuk dikongsi.
Semoga allah memberkati kita semua. Perjuangan ini masih panjang.

Credit:
KEM REMAJA IQ 2016. 15 DISEMBER 2016 HINGGA 18 DISEMBER 2016

INSTITUT ALQAYYIM PULAU PINANG.